DRON 101: Sejarah, mekanik dan aplikasi dalam industri

MARI BELAJAR TENTANG EVOLUSI DRON, FIZIK DAN SAINS YANG MEMBOLEHKAN MEREKA TERBANG DAN APLIKASI MODEN DRON MERENTAS INDUSTRI.

Kalau sebut pasal ‘drone’ mesti ramai yang fikir tentang dron yang biasa orang pakai untuk fotografi ataupun videografi, kan?

Tapi, dron sekarang juga telah dipakai lebih untuk tujuan komersial dan tujuan ketenteraan. Sebelum kita pergi lebih lanjut, adalah sangat penting untuk kita faham bahawa istilah ‘dron’ merujuk kepada pesawat udara tanpa pemandu atau dalam bahasa Inggeris “umanned aerial vehicle” (UAV), yang mana bermaksud, juruterbang tidak mengendalikan pesawat secara langsung.

Mari kita tengok bagaimana dron telah berevolusi dari kali pertama digunakan hingga sekarang, apa yang sebenarnya yang membuatkan dron boleh terbang dan aplikasi teknologi dron dalam industri-industri pada hari ini.

SEJARAH DRON

Adakah anda tahu bahawa kali pertama catatan sejarah tentang dron, dron digunakan untuk mengebom sebuah bandar?

Dalam Perang Kemerdekaan Itali yang pertama, tentera Austria telah mengepung bandar Venice selepas warga Venice memberontak untuk membebaskan diri daripada kekuasaan Austria. Bala tentera Austria kemudiannya menyerang bandar Venice dengan menggunakan belon yang diikat dengan bahan letupan.

Sebahagian dari belon-belon ini berjaya diletupkan di dalam bandar Venice, tetapi ada sebahagian yang ditiup kembali ke dalam kawasan angkatan Austria. Oleh sebab itu, taktik ini tidak diguna pakai lagi.

Pesawat tanpa pemandu yang pertama dicipta 16 tahun selepas penerbangan pertama oleh Wright Brothers. Dron intu digelar sebagai Ruston Proctor Aerial Target. Ada beberapa prototaip yang telah dibina sepanjang Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin.

Anda boleh membaca sejarah dron dengan lebih lanjut di sini: Dronethusiast

Dron kemudiannya berevolusi melalui kegunaan ketenteraan. Pada tahun 2006, Federal Aviation Administration Amerika Syarikat telah mengeluarkan permit bagi dron jenis komersial.

Teknologi dron ini sudah lama wujud tetapi hanya baru-baru ini dipopularkan dan menarik minat orang ramai untuk menceburkan diri.

 

MEKANIK DI SEBALIK PENERBANGAN DRON

 

Multirotor drone, biasanya bergantung kepada daya menegak untuk terbang. Bilah-bilah dron dianggap sebagai kipas. Udara yang melalui bilah-bilah tersebut menolak kebawah melawan permukaan tanah, yang mana akan menolak dron ke udara. Makin cepat motor berputar (rpm) makin laju dron akan melonjak dari permukaan tanah.

Setelah dron ke udara, dron boleh berlegar (statik di udara), terbang ke atas, bawah, kiri dan kanan. Semasa dron dalam keadaan berlegar, daya angkat yang dihasilkan oleh motor adalah sama dengan daya berat daripada graviti. Jadi, dron tidak akan bergerak ke atas ataupun ke bawah. Apabila motor-motor menghasilkan daya yang lebih besar berbanding daya tarikan graviti, dron akan ke udara dengan lebih tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Dengan adanya 4 atau lebih motor, penukaran satu atau lebih dari motor-motor akan menyebabkan dron berpusing atau bergerak dalam arah yang lain. Sebagai contoh, jika drone sedang berlegar-legar di udara dan 2 motor disebelah kiri diberi lebih kuassa (dan menghasilkan lebih banyak putaran), dron akan terangkat dari sebelha kiri dan menolak dron condong ke belah kanan.

Ini ialah penjelasan ringkas bagaimana dron dengan multi-rotor terbang. Dron bersayap mekanisme terbangnya berbeza, lebih kurang sama seperti kapal terbang.

 

APLIKASI DRON DALAM INDUSTRI

 

Hari ini, drone amat popular, terutamanya untuk tujuan rekreasi seperti fotografi dan videografi udara. Dron untuk tujuan rekreasi mendapat permintaan yang tinggi sekarang kerana keupayaannya untuk mengambil gambar yang cantik dan berkualiti tinggi menggunakan kamera yang terbaik dan sudut yang tepat dari udara.

Tetapi, hanya sebahagian sahaja yang tahu akan kegunaan dron di dalam industri dan secara komersial. Dron telah membantu pihak berkuasa untuk memadam kebakaran, mengurus bencana dan pemantauan kerosakan. Orang awam pula, terutamanya syarikat dan perusahaan telah mengguna pakai drone membaja tanaman, memantau kerja-kerja pembinaan dan jaluran saluran paip.

Dron dijangka akan digunapakai secara lebih meluas dalam servis penghantaran, pengangkutan udara, penjagaan kesihatan, konversasi alam sekitar dan banyak lagi.

Di Poladrone, kami sentiasa teruja dengan perkembangan teknologi dron. Ditubuhkan pada tahun 2016 dengan misi untuk menggiatkan revolusi dron, kami telah lama sedar bahawa pasaran dron di ASEAN hanya berfokuskan kepada penggunaan dron untuk rekreasi seperti pelumbaan dan fotografi.

Terdapat jurang yang sangat luas dalam penggunaan dron untuk industri dan ini menjadi isu untuk perkembangan dron di rantau ini. Oleh itu, Poladrone ditubuhkan dengan misi untuk menjadi pembekal servis dan solusi berasas drone untuk kegunaan industri-industri seperti pertanian, industri petroleum dan gas, pembinaan dan banyak lagi.

Sebagai salah satu pengedar sah bagi DJI Enterprise di rantau ini, kami sentiasa komited untuk membawa penyelesaian dengan cemerlang untuk pelanggan kami.

Untuk melihat produk dan servis kami, sila klik disini

Stay in Touch :)

Subscribe to our newsletter for the latest updates!

Read more

how do drones work
Drone Technology

How Do Drones Work?

Introduction In the modern era of technology, drones have become ubiquitous, capturing our imaginations with their ability to soar through the skies, capturing breathtaking aerial

Read More »